Kecilkan Teks
Besarkan Teks
Set Semula
Teks Hijau
Teks Biru
Teks Merah
Bahasa Melayu  |  English
senarai perkhidmatan

Perkhidmatan Hal Tanah

Hal-Hal Tanah

Pengenalan
Majlis Daerah Segamat juga menyediakan perkhidmatan dari aspek pengurusan hal-hal tanah. Di antara perkhidmatan yang disediakan dalam aspek hal-hal tanah ialah :-

  • Notis jualan dan pindahmilik

Notis Jualan dan Hakmilik
Mengikut peruntukan seksyen 160, Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, apabila sesuatu pegangan telah dijual atau dipindahmilik, penjual atau pembeli perlu memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa tempatan dalam tempoh tiga bulan selepas jualan atau pindahmilik tersebut dibuat. Prosedur pindahmilik adalah seperti berikut:

  • Mengisi Borang I yang boleh didapati di kaunter Bahagian Penilaian & Pengurusan Harta
  • Melampirkan salinan Surat Perjanjian Jual-Beli ATAU salinan geran hakmilik yang mempunyai nama penjual dan pembeli; dan
  • Melampirkan salinan resit bil cukai taksiran terkini yang telah dijelaskan.

Kelewatan berbuat demikian apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.


Halaman: 1  2  3  4