MENU

Cukai Taksiran

Cukai taksiran adalah cukai harta yang terletak di kawasan Majlis Daerah Segamat seperti:

  1. Rumah kediaman ( rumah pangsa, pangsapuri, apartment, kondominium, rumah teres, banglo,  rumah kedai dan lain-lain).
  2. Harta perniagaan perusahaan ( kedai, kilang, stesyen minyak, gudang, hotel, pawagam, bengkel, bangunan pejabat dan lain-lain).
  3. Tanah kosong.

Cukai harta dikenakan bagi membiayai:-

  1. Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak, tempat rekreasi, pasar dan lain-lain.
  2. Pembersihan kawasan perumahan/perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam.
  3. Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit dan longkang.
  4. Penyediaan dan penyelenggaraan lampu jalan.
  5. Pembangunan kawasan Majlis Daerah Segamat.

Cukai harta dikenakan dua kali setahun iaitu:

  1. Tuntutan bagi setengah tahun pertama (1 Januari - 30 Jun).
  2. Tuntutan bagi setengah tahun kedua (1 Julai - 31 Disember).

Pemilik boleh terus ke kaunter di Majlis Daerah Segamat atau mana-mana Pusat Kecil Majlis Daerah Segamat.

Bayaran juga boleh dijelaskan melalui cek atau kiriman wang pos di atas nama "Majlis Daerah Segamat" dengan mencatatkan nama, nombor telefon, alamat surat menyurat dan nombor akaun di belakang cek. Sertakan bil atau butiran mengenai harta atau lampirkan salinan resit cukai taksiran lama jika berkaitan.

Pautan Laman