MENU

 

* Catitan
  Kadar sewa di atas hanya dewan sahaja iaitu tidak termasuk peralatan kerusi meja dan sebagainya
 

Bilik-bilik ini tidak dikenakan bayaran untuk upacara-upacara seperti berikut :-

  • Hari Kemerdekaan
  • Hari Keputeraan ke Bawah DYMM Sultan Johor & Yang Di Pertuan Agong
  • Upacara-upacara rasmi Kerajaan

*Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat berkuasa untuk mengurangkan atau menambahkan bayaran sewa yang telah ditetapkan atau melepaskan bayaran tersebut mengikut budibicaranya.

Cara Pemohonan :

  • Majukan surat permohonan menyewa / menggunakan Dewan Serbaguna Segamat / Dewan Kg Jawa Segamat / Dewan Jementah Segamat kepada Yang Di-Pertua Majlis Daerah Segamat selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh kegunaan.

Borang-Borang Berkaitan  

  • Permohonan Menggunakan Dewan Serbaguna Segamat dan Dewan Raya Kg. Jawa

Peraturan Penggunaan Dewan Serbaguna
Majlis Daerah Segamat

  • Semua bayaran sewaan hendaklah dijelaskan sebelum menggunakan Dewan.
  • Sila bawa bersama salinan resit bayaran yang bercetak komputer sahaja semasa hendak menggunakan Dewan.
  • Pengguna mesti bertanggungjawab ke atas kebersihan dan keselamatan peralatan yang terdapat di dalam dan di luar dewan semasa dan selepas penggunaan.
  • Pengguna dilarang keras membawa masuk sebarang makanan/minuman yang haram di sisi agama islam atau apa-apa yang boleh merosakan/mengotorkan dewan.
  • Pihak Majlis Daerah Segamat berhak membatalkan penggunaan Dewan Serbaguna tanpa memberi sebarang sebab.
  • Sebarang syarat -syarat peraturan yang ditetapkan tertakluk kepada pindaan Majlis Daerah Segamat.

PERINGATAN: Majlis Daerah Segamat  tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk kemalangan atau kecederaan yang berlaku semasa penyewaan dan harta benda pengguna semasa menggunakan dewan-dewan MDS.

Bagi Badan- Badan Berkanun Kerajaan yang ingin menggunakan dewan-dewan MDS perlulah membuat permohonan secara rasmi kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat.

Pautan Laman