MENU

LESEN PASAR AWAM

Maklumat Umum 
Pasar awam adalah antara kemudahan yang disediakan oleh Majlis Daerah Segamat.  Kesemua aktiviti perniagaan yang dijalankan di pasar-pasar ini perlu mendapat lesen dari Majlis Daerah Segamat bagi mengawalnya.
Adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 119 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171, atas mana-mana undang kecil yang berkaitan jika seseorang itu menjalankan perniagaan tanpa lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (dlm hal ini Majlis Daerah Segamat).  Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih dari RM 2000.00 atau penjara tidak lebih dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Keperluan Permohonan 
Setiap permohonan perlu mengandungi perkara-perkara di bawah :-

  • Borang Permohonan Lesen Pasar Awam yang lengkap.
  • Setiap borang perlu disertakan 2 keping gambar berukuran pasport
  • Bayaran Prosesan RM 7.00.

Borang Berkaitan

Borang Permohonan Lesen Pasar Awam (dapatkan di Bahagian Perlesenan Majlis Daerah Segamat)

Pautan Laman