MENU

LESEN PASAR MINGGU

Maklumat Umum 
Aktiviti pasar minggu juga merupakan antara aktiviti perniagaan yang menjadi sebahagian dari asam garam rakyat Malaysia .  Lesen pasar minggu dikeluarkan bagi memastikan aktiviti-aktiviti ini dapat dikawal dari segi kebersihan selain menjaga kepentingan pengguna.
Jualan yang dibenarkan dibahagikan kepada 3 iaitu makanan, kain baju & lain-lain dan juga sayur-sayuran.  
Aktiviti pasar malam dibenarkan di kawasan-kawasan berikut:

  • Bandar Segamat
  • Bandar Segamat Baru
  • Pekan Jabi
  • Taman Yayasan
  • Batu Anam
  • Gemas Baru
  • Jalan Muar
  • Kampung Abdullah
  • Bukit Siput
  • Taman Pelangi, Segamat
  • Buloh Kasap
  • Jementah
  • Taman Sri Alam

*Kadar bayaran adalah mengikut jumlah tempat berniaga.
Keperluan Permohonan 
Setiap permohonan perlu mengandungi perkara-perkara di bawah :-

  • Borang Permohonan Lesen Pasar Minggu.
  • Sekeping gambar berukuran pasport
  • Bayaran Prosesan

Borang Berkaitan

Borang Permohonan Lesen Pasar Minggu (dapatkan di Bahagian Perlesenan Majlis Daerah Segamat)

Pautan Laman