MENU

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT (MPS)

 

1.0       Pendahuluan

Majlis Daerah Segamat akan mengadakan pertandingan merekacipta logo sempena naik taraf ke Majlis Perbandaran Segamat.

 

2.0       Syarat-syarat Pertandingan

2.1       Penyertaan adalah terbuka kepada semua WARGA NEGERI JOHOR yang berminat dan mempunyai daya kreativiti tinggi dalam penciptaan logo.

2.2       Penyertaan dalam pertandingan ini adalah PERCUMA dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan bersama borang penyertaan.

2.3       Logo boleh dicipta dengan menggunakan lukisan tangan atau grafik komputer mengikut standard JPEG/GIF/BMP/PICT.

2.4       Logo yang dicipta hendaklah mempunyai penjelasan dan maksud yang jelas.

2.5      Semua ciptaan logo hendaklah ASLI dan tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap  sensitif serta boleh menyinggung mana-mana pihak.

2.6       Semua ciptaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy (CD) dan hardcopy

2.7       Keputusan akan diumumkan melalui surat.

2.8       Keputusan panel penilai adalah MUKTAMAD.

 

3.0       SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

  1. Logo hendaklah mempunyai Mahkota yang melambangkan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan yang memerintah negeri Johor dan Majlis Perbandaran Segamat di bawah naungannya.
  2. Dua ekor harimau (kiri dan kanan) melambangkan ketegasan dan keberanian pentadbiran Majlis Perbandaran Segamat dalam melaksanakan undang-undang.
  3. Logo hendaklah mempunyai warna yang sesuai dengan mengambil kira warna utama iaitu merah, biru, kuning dan putih.
  4. Moto ‘ Khidmat Untuk Rakyat ‘ hendaklah dikekalkan menggunakan tulisan jawi. Tulisan jawi melambangkan agama, jati diri dan budaya yang harus dipelihara.
  5. Logo yang dicipta mestilah menggambarkan :
    • Peranan, perkhidmatan serta elemen-elemen korporat dan penampilan serta kewibawaan Majlis Perbandaran Segamat secara khususnya dengan cara memberi gambaran grafik yang berkesan.
    • Menggambarkan  keteguhan dan kekuatan Majlis Perbandaran Segamat dalam mewujudkan perbandaran yang terancang, berbudaya, indah dan sejahtera.
    • Melambangkan pembangunan dan potensi kemajuan sektor ekonomi utama iaitu pertanian dan perindustrian.
    • Melambangkan identiti daerah dengan motif buah durian.
    • Melambangkan identiti Negeri Johor dengan motif Bunga Cengkih dan Daun Lada Hitam.
  6.  
  7. Setiap warna dan bentuk yang digunakan dalam rekaan logo hendaklah disertakan dengan definisi lengkap bagi setiap simbol mahupun warna yang digunakan.
  8. Reka bentuk logo yang dihasilkan mestilah menarik, jelas, mudah difahami dan kemas.

 

4.0       TEMPOH PENYERTAAN

Penyertaan akan dibuka secara rasmi pada 25 September 2017 (Isnin) hingga 10 Oktober 2017 (Selasa) jam 4.00 petang. Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutut tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia.

 

5.0       HADIAH PERTANDINGAN

5.1       Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini.

5.2       Hadiah utama pemenang akan menerima wang tunai RM3,000.00 sahaja beserta Sijil Penyertaan.

5.3       Peserta yang terpilih dalam 10 saringan awal akan diberi cenderahati. 

 

6.0       BORANG PENYERTAAN

6.1       Borang penyertaan pertandingan boleh diperolehi di Kaunter Khidmat Pelanggan Majlis atau dimuat turun melalui laman Web Majlis Daerah Segamat www.mdsegamat.gov.my.

6.2       Borang penyertaan yang lengkap beserta logo dan satu salinan Kad Pengenalan hendaklah dihantar secara pos atau serahan tangan kepada Urus Setia Pertandingan

 

7.0       PANEL PENILAIAN

7.1       Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh ahli Panel Penilai dan Panel Penilai juga berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.

7.2       Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang menyertai (sekiranya perlu).

7.3       Logo yang dipilih akan digunapakai dan menjadi HAKMILIK HAK CIPTA MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT (MPS) SEPENUHNYA.

 

8.0       ALAMAT PENGHANTARAN PENYERTAAN

Penyertaan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :

Urus Setia

Pertandingan Mencipta Logo MAJLIS PERBANDARAN SEGAMAT

Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Korporat

Majlis Daerah Segamat

85000 Segamat

Johor Darul Ta’zim.

 

Tel: 07-9314455

Pautan Laman