MENU
  • Memberi maklumbalas aduan kepada pengadu dalam masa 3 hari bekerja.
  • Mengeluarkan Lesen Perniagaan Tidak Berisiko dalam tempoh 1 hari.
  • Menguruskan rayuan kompaun dalam masa 5 minit.
  • Kami akan menguruskan rayuan kompaun dalam masa 5 minit.
  • Kami akan menyiasat aduan yang diterima dalam masa 24 jam dan mengambil tindakan sewajarnya.
  • Pengebilan bil-bil cukai akan dicetak dan dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu sebelum 1 Januari (penggal pertama) dan 1Julai (penggal kedua).
  • Segala pembayaran boleh dilakukan dalam masa 14 hari dengan syarat telah disahkan oleh bahagian berkenaan serta segala dokumen didapati betul.
  • Notis  pembaharuan lesen penjaja dan gerai akan dikeluarkan sebelum atau pada 31 Oktober (penggal pertama tahun berikutnya) dan  30 April (penggal kedua tahun semasa).
  • Kelulusan pelan tambahan/ubahan yang tiada pindaan pelan dalam tempoh tidak melebihi 60 hari bekerja jika permohonan lengkap.
  • Kelulusan permit kerja-kerja kecil bangunan tidak lebih 7 hari bekerja jika permohonan lengkap.
  • Permohonan lanjutan kelulusan pelan bangunan / tambahan / ubahan diluluskan dalam tempoh tidak melebihi 30 bekerja dari tarikh permohonan diterima.
  • Keputusan kebenaran merancang akan diperolehi dalam tempoh 57 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima di unit pusat setempat.
  • Keputusan permohonan kelulusan menamakan kawasan pembangunan dan jalan akan diperolehi dalam tempoh 57 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima di unit pusat setempat.
  • Kelulusan permohonan pelan landskap akan diperolehi dalam tempoh 57 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima di unit pusat setempat.
  • Penyediaan ulasan-ulasan dari agensi luaran akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan surat minta ulasan.
  • Penyediaan ulasan-ulasan dari agensi dalam akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan surat minta ulasan.
  • Penyediaan ulasan bagi permohonan penswastaan akan diperolehi dalam tempoh 45 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima di unit pusat setempat. 
  • Keputusan melanjutkan kebenaran merancang akan diperolehi dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima di unit pusat setempat.
  • Kerja-kerja kecemasan/pokok tumbang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan dibuat.
  • Permohonan lesen iklan akan diluluskan dalam tempoh 14 hari.
  • Permit sepandok diluluskan dalam masa 15 minit.
  • Permohonan lulus lesen akan diluluskan dalam tempoh 1 hari bekerja dengan syarat disertakan dokumen yang lengkap.

Pautan Laman