MENU

Misi MDS

  • Pembangunan Pusat Bandar Segamat perlu diintegrasi untuk mewujudkan satu pusat perdagangan dan perkhidmatan yang lengkap dan teratur.
  • Sebagai sebuah bandar yang mengambilkira kepentingan sosial dan kesempurnaan hidup penduduk setiap kawasan kejiranan perlu mempunyai kemudahan sosial yang mencukupi dan tersusun.
  • Selaras dengan matlamat menjadikan Bandar Segamat sebagai bandar taman, pembangunan guna tanah perlu dikawal dan diselaras ke arah mewujudkan alam persekitaran yang bersih dan indah.
  • Pembangunan perbandaran perlu disokong oleh sistem perhubungan dan rangkaian jalanraya yang menyeluruh dan berkesan.
  • Bandar Segamat juga akan berfungsi sebagai bandar persinggahan penting dalam laluan utama melalui penyediaan kemudahan yang bersesuaian dan imej yang menarik.

Visi MDS

Menjadikan Bandar Segamat sebagai pusat tumpuan utama pembangunan ekonomi kawasan Utara Wilayah Selatan Semenanjung Malaysia di samping penyediaan kemudahan sosial yang mencukupi di dalam persekitaran bandar taman.

Pautan Laman