MENU

 

Majlis Daerah Segamat pada asalnya adalah sebuah lembaga bandaran yang ditubuhkan pada tahun 1912. Ia kemudiannya dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran pada tahun 1951 dengan berkuatkuasanya Ordinan Pilihanraya Penguasa Tempatan 1950 hingga 31.12.1970.

 

Pada 1.1.1977 melalui Akta Kerajaan Tempatan ia menjadi dan dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat Utara, manakala pada tahun 2001 namanya bertukar kepada Majlis Daerah Segamat. MDS merupakan sebuah Penguasa Tempatan dalam Negeri Johor Berautonomi sendiri yang mempunyai luas kawasan 103.55 batu persegi dan bilangan penduduk seramai 92000 orang mengikut bancian pada tahun 1991, kadar pertambahan penduduk adalah 1.8 peratus.

Bangunan Baru Majlis Daerah Segamat

 

Bangunan Lama Majlis Daerah Segamat

 

Latar Belakang MDS

Semasa dalam Majlis Bandaran, pentadbirannya terdiri daripada 9 orang yang dipilih melalui pilihanraya, 7 orang yang dilantik oleh Kerajaan Negeri termasuk 4 orang ahli Ex-Officio yang terdiri daripada Pegawai Pentadbir Daerah Segamat, Jurutera Jabatan Kerja Raya, Pegawai Kesihatan Johor Utara, Muar dan Timbalan Pesuruhjaya Buruh, Johor Utara, Muar.

Sebaliknya pula, pada masa kini Majlis Daerah Segamat ditadbir oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Segamat Utara dengan 24 Ahli Majlis yang dilantik oleh Kerajaan Negeri dan 5 orang ahli Ex-Officio yang terdiri daripada Jurutera Jabatan Kerja Raya, Pegawai Kesihatan Segamat, Pemungut Hasil Tanah Segamat, Pegawai Bomba Segamat dan Ketua Polis Segamat.

Majlis Daerah Segamat terdiri daripada :-
• Ibu Pejabat Majlis Daerah Segamat, Segamat (Pusat Pentadbiran)
• Pusat Kecil Bukit Siput
• Pusat Kecil Kg. Tengah
• Pusat Kecil Pekan Jabi
• Pusat Kecil Buloh Kasap
• Pusat Kecil Batu Anam
• Pusat Kecil Gemas Baru
• Pusat Kecil Jementah

Pada masa Majlis ditubuhkan, iaitu Lembaga Bandaran pada tahun 1921, objektif utamanya adalah untuk mendaftar kenderaan dan anjing, mengadakan lampu jalan, bekalan air, perkhidmatan bomba dan pasar awam. Hanya pada tahun 1925 pengawalan kesihatan awam dijalankan. Pada tahun 1935, pengawalan jalan-jalan kepunyaan awam dan persendirian, bangunan, memajukan bandar, perancangan bandar serta perkhidmatan dan kemudahan lain.

Pautan Laman