MENU
  • Bagi memastikan pembangunan yang dijalankan di dalam kawasan Majlis mematuhi perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk menyempurnakan tugas-tugas tersebut kawalan pembangunan yang meliputi aktiviti-aktiviti pengeluaran Kelulusan Pelan Susunatur, Memberi Kelulusan Pelan Kerja Tanah, Pelan-pelan Infra, Pelan Bangunan, Pelan Landskap, Pengeluaran Sijil Layak Menduduki serta Penguatkuasaan perlulah dilaksanakan.
  • Kawalan aktiviti perniagaan yang dijalankan di kawasan MDS adalah merupakan salah satu dari fungsi Majlis, tugas-tugas kawalan perniagaan meliputi pengeluaran semua jenis lesen, pembaharuan, pengatungan, penamatan, rayuan dan penguatkuasaan.
  • Salah satu punca utama hasil MDS adalah mengutip cukai taksiran, oleh itu pengurusan cukai taksiran haruslah diselenggarakan dengan baik, aktiviti pengurusan bermula dengan mengenalpasti penilaian hartanah sediada, pengeluaran bil dan pengutipan bayaran.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan projek infrastruktur dan kemudahan awam juga merupakan salah satu dari fungsi utama MDS, aktiviti-aktiviti bermula dengan perancangan, merekabentuk (samada dibuat sendiri atau dibuat oleh syarikat luar), membuat perolehan pembinaan, mengawasi dan menyelia projek, penyerahan dan tempoh kecacatan serta lain-lain aktiviti berkaitan dengannya.

Pautan Laman