MENU

KEMBARA MAHKOTA JOHOR (KMJ ) 2013 - SEGAMAT

        Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

        Pada hari kedua Kembara Mahkota Johor 2013, DYMM Sultan Johor telah mencemar duli di Kompleks One Segamat, Segamat bersama-sama konvoi yang turut dihadiri oleh Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.


Rombongan ini dipecahkan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama ialah mengiringi DYMM Sultan Johor merasmikan Kompleks One Segamat. Aktiviti diteruskan dengan permainan Bola Keranjang Elektronik di tingkat 1. Kemudian disusuli dengan Tayangan dokumentari KMJ sepanjang di Segamat dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada peserta PDK.


Kumpulan kedua pula mengiringi Tunku Laksama Johor Tunku Abdul Jalil Iskandar melawat ke pertandingan mewarna kanak-kanak. Aktiviti diteruskan dengan melihat kegiatan wanita mengubah tuala, tanglung dan bunga rampai serta pameran produk IKS daripada mukim-mukim di sekitar Segamat. Kemudian Tunku Abdul Jalil dipersembahkan dengan gerak kreatif kanak-kanak TASKA dan persembahan kolaj kanak-kanak TABIKA.


>

Kumpulan ketiga mengiringi Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar melihat pertandingan Bola Keranjang di depan lobi Kompleks One Segamat. Terdapat juga pertandingan ‘Penalty Shootout'. Kemudian disusuli pula dengan pertandingan ‘Paintball Target Shooting'.


Kemudian rombongan KMJ menuju ke pentas santapan utama. Semasa Majlis Santapan Diraja rombongan KMJ dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan. Selepas itu, Tuan Haji Abdul Rahim bin Nin, Pegawai Daerah Segamat menyampaikan ucapan terima kasih di atas kesudian DYMM Sultan Johor datang ke daerah Segamat untuk berjumpa rakyat jelata. Kemudian,acara yang paling dinantikan iaitu cabutan bertuah. Hadiah cabutan ini diberikan kepada 3 orang yang masing-masing mewakili kaum melayu, cina dan india. Hadiah tersebut adalah pakej menunaikan umrah, percutian ke China dan percutian ke India.


Selepas itu rombongan bergerak ke destinasi seterusnya di Sekolah Menengah Seri Bali, Chaah.


Pautan Laman